Pages

Tuesday 8 September 2015

DIY BARUT BAYI

Assalamualaikum..

Barut bayi merupakan antara persediaan penting bagi sesetengah ibu yang baru melahirkan anak. Dikatakan dengan memakaikan barut pada anak boleh mengelakkan kembung perut. Sejauh mana kebenaran sya sendiri tidak tahu kesohehannya. 


Kepentingan kegunaan barut bayi
Dapat mengelakkan bayi baru lahir daripada kembung perut dan rasa tidak selesa terutama ketika tidur.Perut tidak buncit bila bayi ini meningkat usianya terutama pada bayi yang kuat menyusu.
Ini adalah antara hasil jahitan #diy barut bayi yang sya hasilkan.

Kalau dahulu kala, barut hanya dijahit sendiri, tiada di pasaran dan hanya berwarna putih. Tapi kini dengan inovasi dan rekacipta maka wujudlah rekaan barut yang pelbagai corak dan warna serta dapat menceriakan bayi. Selain itu jugak pemilihan kain sangat penting bagi keselesaan bayi. Kebiasaan untuk barut bayi ibu-ibu menggunakan kain cotton ataupun cotton flannel. Dan sya memilih cotton flannel, keistimewaan barut yang menggunakan kain cotton flannel yang lembut dan tidak sensitif pada kulit bayi. Tidak terlalu tebal dan panas. Sangat mudah dan selesa dipakai pada bayi

Peralatan yang diperlukan untuk membuat barut bayi

Simplekan peralatan yang digunakan!!!


Jenis dan saiz barut bayi
Kebanyakan barut yang dijual di pasaran adalah satu size "free size". So sya decide untuk #diybarutbayi sediri. Sya buat dua size, untuk pengunaan (newborn - 1month) dan (1 month - 2month). 

Kenapa perlu size yang berlainan?
Atas nasihat kakak dan kakak ipar tersayang, diaorang banyak nasihatkan buat dua size, sebab bayi yang keluar nanti size dia agak kecik. Bila pakai yang free size sangat besar untuk bayi nampak tak selesa. So sya kecilkan size barut, boleh pakai sampai zahra 1 bulan.

Jenis barut bayi?
Ok barut bayi, sya buat 2 jenis, yang bertali dan berpelekat (zap). Bagi sya berpelekat lagi senang nak jika dibandingkan dengan barut bertali. Lebih mudah bagi ibu-ibu yang nak cepat macam sya. huuu

Tempoh pemakaian barut pada bayi  
Sya tak berapa sure dengan tempoh pemakaian bayi ini. Kebiasaannya barut ini dipakaikan pada bayi dari usia sehari sehingga 4 bulan. Tapi sya hanya pakaikan zahra seusia zahra sehari hingga 2 bulan sahaja.. huuu.. kesian dia nampak tak selesa :(


p/s: kepada ibu-ibu yang ingin menempah barut bayi yang cantik, murah dan mengikut citarasa anda just click here!!



Monday 7 September 2015

Shazia Az Zahra | 3 months update

Weight : 5.1kg
Eat : 40z every 3 Hours
Diapers : Size M
I love : Smiling any time!!!

*20150806 | 3 months*
.......................................................................................................

> Menegakkan kepala dengan stabil


Zahra sudah mula mengangkatkan kepala semasa berbaring dan menegakkannya untuk beberapa minit. Koordinasi lengan, kaki dan tangannya lebih baik.

Jika diampu untuk duduk, zahra boleh menegakkan kepalanya secara mantap dan lurus.
Ketika dia meniarap, zahra mengangkatkan kepala dan dada seakan-akan membuat tekan tubi ringan. Biasanya sya akan duduk di hadapannya dan hayunkan mainan untuk menggalaknya.

> Boleh melambai-melambai tangan dan menendang kakinya

> Pola tidur lebih terkawal

> Jelas mengenali emak dan ayah

Shazia Az Zahra Bt Shahirwan


Alhamdulillah 06.05.2015 | 02:06pm


_Shazia Az Zahra_
Bunga yang harum
Nama ini dipilih sempena nama putri baginda Rasulullah SAW "Fatimah Az Zahra".. Tapi papamama nak ada Sha jugak kat depan nama.. Bernafaslah dan kuatlah sebagaimana hidup seorang putri kesayangan Nabi SAW. Insyaallah


Bidadariku,
Anugerah terbesar dari Allah. 
Sebesar anugerahNya, sebesar itu tanggungjawab yang datang bersama. 
Anugerah pinjaman ini, dipinjamkan Penciptanya kepada papamama. 

Doakan supaya, anugerah ini menjadi saham dunia akhirat buat papamama, 
menjadi pencinta semua makhluk bumi,
menjadi penyeru agama lurus ilahi,
menjadi anak yang solehah,
menjadi orang yang memberi manfaat kepada hambaNya yang lain,
menjadi jiran kita semua di Syurga Allah nanti..


_XOXO_
#mamazahra